Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Diesel Bernilai RM354,371 Dirampas...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 merampas 161,078 liter diesel bersubsidi...

Cacar Monyet Rekod Lebih...

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan terdapat 21 kes cacar monyet...

Penuntut Afrika Yang Dirawat...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan akhbar Malay Mail bertarikh 15...

Malaysia, Jepun Ahli Baharu...

KUALA LUMPUR - Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan Malaysia dan...

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor bergerak perlahan setakat 10.30 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Slim River menuju Sungkai, Perak.

Aliran trafik juga dilaporkan tinggi dari Tapah menuju ke Gua Tempurung, Perak.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak, ke terowong Genting Sempah serta Bukit Tinggi ke Lentang,” katanya.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan akaun Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Kategori