Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

Audit: Peruntukan Pusat Warga...

KUALA LUMPUR – Program Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PAWE) didapati menyalahgunakan bantuan geran...

Kos Tunaikan Haji Kekal...

KUALA NERUS - Kos bagi mengerjakan haji pada musim haji akan datang kekal...

Ayob Khan Sahkan 15...

Gombak : Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan...

Apa Keperluan Jamuan Hari Raya Waktu Pejabat Kerajaan?

KANGAR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin meminta kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap kali tiba bulan Syawal.

Beliau berkata, program jamuan raya yang dianjurkan oleh sesebuah jabatan kerajaan biasanya melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangannya untuk menampakkan kemeriahan.

“Justeru apabila ada rakyat yang datang ke sesebuah jabatan untuk sesuatu urusan mereka terpaksa pulang dengan kehampaan kerana kakitangan di bahagian-bahagian tertentu jabatan itu berada di majlis jamuan hari raya,” katanya pada majlis ceramah mingguannya di Masjid Alwi, di sini pada Khamis malam.

Menurut berkata, apa yang lebih memberi kesan ialah apabila pegawai dan kakitangan sesebuah jabatan kerajaan keluar pejabat untuk menghadiri jamuan hari raya di pejabat lain.

Sehubungan itu, Mohd Asri berharap kerajaan melihat semula perkara itu selaras dengan keperluan semasa kerana tidak semestinya apabila umat Islam berpuasa sebulan mereka harus mengadakan majlis makan selama sebulan juga untuk menyambut hari raya.

Kategori