Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Copa America: Brazil Ke...

BELO HORIZONTE – Brazil menewaskan Argentina 2-0 bagi menempah tiket ke perlawanan akhir...

Sukan Asia: Jun Hoong-Wendy...

INCHEON - Kemantapan penerjun China terus menjadi batu penghalang skuad terjun negara untuk...

Darurat Batu Sapi: Kehidupan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kehidupan rakyat akan berjalan...

Persempadanan Baharu Tak Beri...

LUMUT - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyangkal dakwaan pembangkang...

Azwan Ali Cabar Azmin Nafi Pembabitan Video Lucah

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mencabar abangnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuat pengakuan bersumpah menafikan keterlibatan dalam sebuah video lucah yang sedang tular dalam media sosial.

Azwan, 53, yang kini berada di London mengakui langsung tidak terkejut dengan apa yang terjadi, bahkan malah masih menyimpan kemas 1001 aib abangnya itu.

“Muhasabah dirilah wahai Azmin walaupun saya tahu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan isu ini.

“Inilah kifarah Tuhan selepas bertahun-tahun dia menghina Diva AA di hadapan arwah ibu, Mak Tom dan saya hanya bersabar,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Tambah Azwan, dia juga mengenali individu bernama Haziq Aziz yang membuat pengakuan bersumpah sebagai lelaki bersama Azmin dalam video berkenaan. Azwan sendiri kerap kali terjumpa dengan lelaki itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

“Saya tidak kisah dia mahu bersama siapa atau berbuat apa tetapi sebagai seorang pemimpin yang kononnya diuar-uarkan bakal dijulang sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan, inikah yang mahu dijadikan contoh?


“Kalau Azmin katakan bukan dirinya yang dalam video itu, saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid. Semoga bala tidak turun sebaik sahaja dia berbuat demikian,” ujar Azwan lagi.

Terdahulu, foto dan video lucah yang menyerupai Azmin dengan seorang lelaki tular dalam media sosial sejak semalam.

Terbaharu, seorang lelaki bernama Haziq Aziz membuat satu pengakuan bersumpah menerusi sebuah rakaman video yang menyatakan bahawa pasangan yang tular itu ialah dirinya dan Azmin. – K! ONLINE

Kategori