Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

7,000 Sertai Program World...

KUALA LUMPUR - Alunan ayat suci al-Quran sekali lagi bergema di sekitar Universiti...

Bekas KP Perisikan, 2...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Sheikh Moksin Sheikh...

Rentung Dihempap Almari Dalam...

KUANTAN - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga buah rumah...

Tiga Maut Kereta Dinaiki...

KUALA LUMPUR - Tiga orang, dua daripadanya wanita, maut selepas kereta yang dinaiki...

Berpolitiklah Secara Jujur, Bersih, Bermaruah

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak semua pihak khususnya umat Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar serta berpolitik secara jujur, bersih dan bermaruah demi kebaikan rakyat dan negara.

Tegas beliau, Islam juga mengajar umatnya untuk menjaga maruah diri dan saudara; yang termasuk di dalam Maqasid Syariah yang lima iaitu menjaga agama; nyawa; akal; keturunan dan harta.

“Malaysia kini berdepan dengan krisis integriti dan krisis moral. Oleh itu, Islam mengajar kita berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya.

“Islam turut mengajar untuk berwaspada ketika datang suatu berita yang tidak pasti kesahihannya,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai seorang menteri kanan Kabinet.


Hari ini, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang membuat pengakuan dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori