Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Ditahan, 3 Lagi...

Kuala Lumpur : Tindakan lima lelaki menyamar sebagai anggota polis dan memukul lelaki...

Emma Maembong – ‘Tak...

BERMULA dengan kontroversi mengecam perkahwinan anaknya, Yaya Maembong yang dianggap berlebih-lebihan, nama pelukis terkenal,...

Perinci Mekanisme Siapa Layak...

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memperincikan mekanisme pemberian subsidi minyak kepada kereta berkapasiti...

TERKINI: Lapan Mangsa Bas...

TAPAH - Lapan orang yang meninggal dalam kejadian bas persiaran yang mereka naiki...

“Bersihkan Politik Jijik Di Malaysia”

1. Hari ini negara digemparkan dengan pengakuan seorang pegawai dalam kerajaan Pakatan Harapan, Haziq Aziz, merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Individu tersebut membuat pengakuan sumpah bahawa dia bersama Menteri Kanan dalam video luar tabii yang telah tular semalam.

2. Pengakuan terbuka dengan dakwaan serius seperti ini kepada seorang Menteri Kanan dalam kerajaan bakal membawa implikasi besar kepada undang-undang negara. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa siasatan dijalankan secepat mungkin untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan terhadap pimpinan kerajaan persekutuan. Siasatan juga harus dilakukan untuk membersihkan nama orang yang dituduh. Kita berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga diadili di mahkamah, “presumed innocent until proven guilty”.

3. Kedaulatan undang-undang negara harus dijulang. Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan undang-undang berkaitan salah laku aturan luar tabii dengan tempoh penjara dan sebatan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mahu melihat kepimpinan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan tidak mempunyai masalah moral dan seharusnya menjadi contoh teladan kepada rakyat.

4. Seorang pemimpin sewajibnya bersih daripada salah laku moral dan jenayah. Pemimpin juga perlu menjaga akhlak dan adab, tidak kira di mana sahaja dan bila-bila masa. Menjadi pemimpin politik bukanlah seperti kerja pejabat yang terhad kepada aturan masa 8 pagi hingga 5 petang. Rakyat menilai perwatakan dan akhlak pemimpin setiap masa. Dakwaan terbuka yang dibuat mempunyai implikasi besar kepada akhlak dan adab pemimpin. Kecurangan kepada pasangan dan perbuatan luar tabii merupakan petanda kepada keruntuhan moral seseorang individu. Jika seorang pemimpin itu curang kepada pasangan hidupnya, individu tersebut pasti akan curang kepada rakyat.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa siasatan dibuat secepat mungkin kerana dakwaan ini melibatkan dua individu penjawat awam, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri dan seorang Menteri Kanan. Anak muda hari ini muak dan mual dengan serangan politik peribadi kotor seperti tahun 1998, walhal tahun hadapan kita menghampiri Wawasan 2020.


Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan,
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Kategori