Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Fara Fauzana Sertai Misi...

SEJAK menamatkan khidmatnya daripada menjadi seorang penyampai di stesen radio Hot FM, pengacara...

Jangan Buat Spekulasi Mengenai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini supaya...

Wan Azizah Tepis Dakwaan...

KLANG – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN...

Umat Islam Perlu Terus...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahukan umat...

Beruk Kentoi ‘Huru-Harakan’ Kandang Kambing

SIMPANG EMPAT – Kampung Long Ban, Simpang Empat di Perlis gempar pada Ahad dengan kehadiran seekor beruk jenis – kentoi, yang dilihat berkeliaran di sekitar kediaman dan kandang kambing milik penduduk.

Penduduk berkata mereka tidak menjadikan beruk spesis ini sebagai peliharaan, kerana sifatnya yang agresif dan berbau busuk.

Ini sekaligus menolak andaian, ada dalam kalangan penduduk kampung yang membela haiwan spesis terancam itu.

Menurut pemilik kandang kambing, Mayahazir Abas, 43, dia menyedari kehadiran beruk kentoi itu kira kira jam 12.30 tengahari, selepas kambing belaannya mengeluarkan bunyi pelik kerana ketakutan.

Susulan itu dia mengarahkan ahli keluarganya untuk masuk ke dalam rumah ekoran bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selepas menyedari kehadiran penduduk, beruk kentoi terus memanjat alang sebuah rumah penduduk.


Pengerusi Perlis Nature and Wildlife (PNW), Syamil Abdul Rahman yang hadir bersama pasukan Angkatan Pertahanan Awam pada Ahad mengesahkan beruk terbabit datang dari kawasan bukit sekitar Kuala Perlis, dan mungkin terpisah dari kumpulan.

Ini merupakan kali kedua beruk jenis kentoi atau nama saintifknya Macaca Arctoides dilihat berkeliaran di kawasan penduduk selepas kejadian pertama di Kuala Perlis dipercayai dari spesis yang sama. – Astro AWANI

Kategori