Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Neelofa Ke Langkawi Buka...

KUALA LUMPUR - Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz...

Nour Shafinar Hamil, Tak...

IPOH - Nour Shafinar Harun, isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal...

Penganggur Wanita Disyaki Miliki...

SARIKEI - Polis menahan seorang penganggur wanita kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu...

RFID Perlu Lebih Promosi...

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi...

Datuk A. Rahman Hassan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan telah meninggal dunia pada pukul 12.40 tengah malam tadi setelah dua hari koma akibat serangan angin ahmar.

Berita itu disahkan oleh anaknya, Khir Rahman menerusi mesej WhatsApp kepada rakan media awal pagi Khamis.

“Assalamualaikum, saya ingin memaklumkan secara rasmi bahawa ayahanda saya Datuk A Rahman Hassan telah kembali rahmatullah pukul 12.40 tengah malam tadi.

“Alhamdulillah, berkat doa semua, arwah pergi dengan baik. Doakan agar arwah abah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan diksihi Allah S.W.T,” ujarnya lagi.

Menurut Khir, jenazah sudah dibawa pulang ke rumah keluarga di Ampang, Selangor dan akan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat.


Terdahulu, Allahyarham yang dikejarkan ke hospital pada malam Isnin selepas pulang beraya telah disahkan mempunyai pendarahan dalam otak dan bergantung sepenuhnya terhadap mesin pernafasan. – K! ONLINE

Kategori