Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Lebih 200 Orang Di...

IPOH - Lebih 200 orang menyertai 'Solidariti Walk' anjuran Aman Palestin Perak dan...

Gandingan Fattah, Fazura Bakal...

TIDAK dinafikan, air tangan sutradara Micheal Ang memang 'berhantu' sehingga majoriti drama bersiri...

Tahanan Rohingya Berjaya Lari...

BANDAR BAHARU: Polis tidak menolak kemungkinan terdapat baki tahanan etnik Rohingya yang meloloskan...

Tiada Sistem Pengairan Punca...

SUNGKAI - Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah membina sistem saliran longkang yang baik...

Keputusan Pelantikan Latheefa Muktamad – Mahathir

PELANTIKAN Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru adalah keputusan muktamad, kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana menteri berkata lantikan itu dibuat seperti mana beliau melantik pegawai lain.

“Tak ada masalah, saya lantik banyak orang, banyak pegawai saya terpaksa lantik, ini (pelantikan Latheefa) satu daripada pegawai, itu saja… (keputusan melantik Latheefa) kalau dah putus, muktamadlah, takkan nak kalih balik, nanti kata saya U-turn,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir di Seri Mentaloon di Alor Setar, Kedah hari ini.

Turut serta isteri perdana menteri, Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan isteri Menteri Besar Kedah, Tok Puan Norzieta Zakaria.

Dr. Mahathir berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada Khamis lepas yang berpendapat perdana menteri perlu memperjelaskan pelantikan Latheefa itu selain Dr. Mahathir juga ditanya tadi sama ada keputusan pelantikan berkenaan itu muktamad ataupun tidak.


Sementara itu, Dr. Mahathir berkata hubungannya dengan Anwar masih baik dan tiada masalah malah perdana menteri menganggap Presiden PKR berkenaan berhak mendapatkan penjelasan mengenai pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu itu.

“Dia berhak nak tanya, saya berhak beri jawab,” katanya.

Kategori