Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Arab Ini Dikritik...

GAMBAR seorang lelaki di Arab Saudi yang dianggap terlampau melindungi isterinya hingga menutup...

Ibu Hamil, Menyusu Anak...

KUALA LUMPUR - Ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status...

‘Bulan Berdarah’ Paling Lama...

LONDON - Bulan berdarah akan muncul pada waktu malam di banyak lokasi dunia...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora yang berlaku di kawasan perairan...

Dr. Nur Amalina Jadi Trend Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr. Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi viral semalam.

Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, menerima kira-kira 44,500 tweet setakat jam 1 tengah hari.

Pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau atas kejayaan pembedahan itu dan bantuan yang dihulurkannya bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama kedua-dua ibu bapanya untuk menjalani pembedahan itu.

Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan pembedahan itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh.

“Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr. Amalina atas usaha ini!”

Koresponden TV3 Malaysia di United Kingdom, Haliza Hashim (@HalizaTV3London) menyatakan terima kasih kepada Dr. Nur Amalina atas usaha beliau membawa keluarga itu ke London.

“Sejak beberapa tahun ini saya telah menulis banyak cerita mengenai @DrAmalinaBakri. Betapa besarnya cabaran untuk membawa bayi #ainulmardhiah ke London. Saya amat berbangga dengan anda, doktor!” katanya menerusi tweet.

Seorang pengguna Twitter, @Haziq_Escobar juga menyentuh mengenai pembedahan itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr. Nur Amalina atas usaha luar biasa beliau itu.

“Terima kasih kepada Dr. Amalina Bakri, bayi Ainul berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor itu. Tidak lama lagi mereka akan tahu sama ada kanser itu sudah tidak aktif lagi atau sebaliknya. Kejayaan hebat buat para doktor dan orang ramai yang telah menghulurkan sumbangan. Mereka benar-benar berhati mulia dan anugerah Tuhan,” kata beliau.

Seorang lagi pengguna Twitter,@princessfazriyn berkata: “Dr. Amalina kini menjadi trend. Wahai rakyat Malaysia, marilah kita meluangkan masa sejenak untuk menghargai pengorbanan beliau daripada tiada apa-apa kepada sesuatu yang amat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita, rakyat Malaysia). Dr. Amalina layak digelar seorang ‘superwoman’.”


Sementara itu, netizen memenuhkan akaun Instagram Dr. Nur Amalina dengan ucapan tahniah dan komen-komen baik atas kejayaan pembedahan itu.

Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menerusi akaun Instagram beliau catrionabrianross) mencatat: “Alhamdulillah…tahniah Dr. Amalina & pasukan.”

Pakar Dermatologi Dr. Shaaira Nasir memuji Dr. Nur Amalina atas kejayaannya menyelamatkan bayi itu.

“Usaha yang menakjubkan. Saya tidak sabar-sabar hendak melihat kemajuan dan perkembangan beliau mulai dari sekarang. Alhamdulillah,” katanya di status Instagram Dr. Nur Amalina.

Semalam, bapa Ainul Mardhiah memberitahu menerusi akaun Facebooknya yang Ainul telah sedar dan dirawat di unit rawatan rapi untuk memastikan keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa kemudian.

Hari ini, beliau menghantar video Ainul Mardhiah yang cuba bertindak balas kepada ibunya yang bertutur sesuatu kepadanya.

Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr. Nur Amalina menghulurkan bantuan.

Malaysia Airlines menyumbangkan tiket penerbangan untuk bayi itu dan kedua-dua ibu bapanya.

Kategori