Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiga Mati Dalam MPV...

BATU PAHAT : Tiga individu yang ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV)...

Saya Akan Teruskan Perjuangan...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau...

Patung Lilin Lee Kuan...

MUZIUM lilin di China sekali lagi menghasilkan satu karya seni yang penuh 'lucu'...

Pengunjung Hospital Hairan Kambing...

ANKARA - Seorang warga emas tempatan mencetuskan rasa pelik dan kehairanan kepada kakitangan...

Gaji Permulaan Siswa Lebih Teruk Berbanding 20 Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Gaji permulaan untuk siswa yang baru melangkah masuk ke alam pekerjaan pada masa ini tidak banyak berbeza dengan kadar 20 tahun lalu.

Lebih menyedihkan, jika mengambil kira faktor inflasi, maka gaji permulaan pada masa ini adalah lebih teruk berbanding 20 tahun lalu.

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia, Tan Sri Ter Leong Yap berkata, untuk menambah baik gaji untuk siswa, ia memerlukan transformasi dan rombakan ekonomi dan pendidikan secara besar-besaran.

Beliau dipetik Sinchew Daily sebagai berkata, ada pihak berpendapat gaji minimum dapat menyelesaikan masalah, tetapi ia sebenarnya hanya melibatkan sebahagian pekerja sahaja.

Leong Yap justeru berharap orang muda dapat meningkatkan produktiviti, selain terus menambah ilmu.

Katanya, budaya kerja yang baik dari Jepun dan China termasuk ciri ketekunan mereka harus dipelajari pekerja Malaysia.


Sementara itu, menurut Leong Yap, era 5G akan membawa perniagaan berdepan satu lagi perubahan besar.

“Sektor tradisional termasuk pertanian harus mengambil perhatian dan menggunakan 5G untuk meneroka pasaran.

“5G diibaratkan sebagai enjin untuk ekonomi digital, ia merupakan satu trend yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Kategori