Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Raja Salman, Najib Adakan...

PUTRAJAYA - Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana...

Kuih ‘Kuba Guling’ Turut...

YALA - Kuih "kuba guling" atau “kerbau guling” yang begitu popular di Rantau...

ISIS Bunuh 25 Lelaki...

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan, itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada kumpulan puak pelampau...

Anwar Pulang Ke Tambun...

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual...

Gerakan Tuntut 1.0 Serah CD Bukti Rasuah PH

PUTRAJAYA – Gerakan Tuntut 1.0 hari ini menyerahkan memorandum dan cakera padat (CD) ‘bukti’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah berprofil tinggi melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, A’zlan Abu Bakar berkata, CD tersebut dapat membantu SPRM untuk membuka semula kertas siasatan kes rasuah yang didakwa ‘disenyapkan’ oleh pihak tertentu, lebih-lebih melibatkan Menteri Kabinet.

“Kita hadir untuk membantu SPRM, kami juga menyediakan satu salinan cakera padat (CD) serba sedikit dapat membantu siasatan SPRM.

“Kami tuntut SPRM keluarkan dan nyatakan kenyataan terbaru berkenaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan PH.

“Ini dapat membuktikan integriti SPRM itu kembali pulih,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Kehadiran Gerakan Tuntut 1.0 hari ini bersama beberapa pemimpin NGO lain untuk menyerahkan memorandum dan CD kepada SPRM yang turut menuntut integriti badan itu dikembalikan.

Ketika ditanya kandungan CD terbabit, A’zlan bagaimanapun enggan mendedahkannya kepada umum sambil menyifatkannya sebagai rahsia.

“CD ini akan dapat membantu SPRM membuka semula kertas siasatan yang hari ini kita tengok sudah diam atau dibiarkan berlalu begitu saja.

“Kami nak SPRM tengok sendiri apa terkandung dalam CD ini dan saya tidak boleh maklumkan kepada semua kerana ia (maklumat) adalah sulit,” katanya.


A’zlan juga hanya memberi bayangan bahawa maklumat di dalam CD itu lebih kepada bukti jenayah rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, bekas Pengerusi FGV dan Felda serta pegawai kepada Menteri Pertahanan sekarang.

“Kalau imbas kembali kes-kes sebelum ini seperti sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, merujuk kepada tuduhan pembinaan terowong dasar laut yang dibuka siasatan sejak dua tahun lepas dan melibatkan banglo beliau.

“Hari ini kita minta kes Tan Sri Isa Samad dan pegawai khas Menteri pertahanan yang dituduh rasuah.

“Saya minta SPRM buka kembali (kertas siasatan) dan maklumkan kepada rakyat apa status kes rasuah yang telah dibuka atau dilaporkan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan kes profil tinggi yang melibatkan pemimpin PH boleh diselesaikan dengan cepat berbanding kes yang dihadapi oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Kenapa berprofil tinggi boleh diselesaikan dalam tempoh singkat tetapi kes 1MDB kita tengok sampai hari ini belum selesai siasatan.

“Jadi tak adil bagi kami apabila ia dilihat begitu ringan di sisi SPRM sendiri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori