SINGAPURA – Harga minyak susut hari ini di tengah-tengah kelembapan ekonomi global yang mula menjejaskan permintaan minyak, mendorong OPEC mengekalkan pengurangan bekalan.
Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, berada pada AS$ 60.88 pada 0038 GMT, susut AS$0.40 atau 0.7 peratus, berbanding harga penutup.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan pada AS$ 52.94 setong, turun AS$0.31 sen, atau 0.6 peratus.
Pada masa ini niaga hadapan minyak mentah dunia susut 20 peratus daripada harga kemuncak yang dicapai pada akhir April 2018.
“Aktiviti ekonomi yang lembap mengancam pertumbuhan permintaan kitaran (minyak) yang kukuh,” kata Bank of America Merrill Lynch dalam nota penyelidikannya.
Ekonomi Korea Selatan menyusut sebanyak 0.4 peratus pada suku pertama manakala inflasi teras berkurangan hampir 20 tahun pada bulan Mei, data menunjukkan kepada kelembapan ekonomi di Asia.
“Kami meramal purata harga Brent dan WTI masing-masing kepada AS$70 setong dan AS$59 setong pada tahun 2019 serta AS$65 dan AS$60 setong pada tahun 2020,” menurut bank itu lagi. – Agensi