Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sebab Ubat Gigi, Wanita...

SINGAPURA - Seorang wanita berusia 41 tahun ditahan pada Isnin lalu kerana mengancam...

‘Keep Calm And Wear...

Gambar gadis memakai t-shirt labuh tertera perkataan KEEP CALM AND WEAR HIJAB kini...

Naik Taraf Sistem Operasi...

KUALA LUMPUR -- Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh bank untuk...

Anggun Jadi Juri Ratu...

PARIS - Penyanyi jelita terkenal kelahiran Indonesia yang sudah lama bermastautin di Perancis,...

Harga Rumah Melonjak Tak Kalau Harga Simen Naik?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa mengenai kenaikan harga simen antara 40 hingga 50 peratus.

Kenaikan mendadak ini bukan sahaja akan menyebabkan syarikat-syarikat kontraktor awam dan swasta yang terikat dengan harga tetap kontrak berdepan risiko muflis serta kerugian besar, tetapi juga akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Adakah harga rumah ini akan dinaikkan? Atau ianya akan diserap oleh kerajaan seterusnya menambahkan lagi hutang negara yang kini sudahpun meningkat RM100 bilion sejak PH mengambil alih Putrajaya,” katanya bagi mengulas mengenai laporan media tentang kenaikan harga bahan mentah pembinaan itu.

Kenaikan itu menimbulkan mempersoalan sama ada kenaikan tersebut isebabkan faktor pengambilalihan La Farge oleh pengeluar simen yang lain serta pengumuman mengenai hasrat pembelian pengeluar simen iaitu Tasek Cement oleh sebuah konglomerat menjadikannya sebagai entiti swasta.

Urus niaga ini didakwa mengurangkan ruang saingan serta membangkitkan persoalan berhubung ketelusan dalam penetapan harga.


“Sekiranya kenaikan ini berpunca daripada tangan-tangan ghaib untuk mendapatkan kuasa monopoli, maka kerajaan PH seharusnya menggunakan Akta Persaingan 2010 yang diperkenalkan oleh kerajaan BN terdahulu untuk menghentikan atau mengurangkan kenaikan harga yang tidak munasabah ini,” ujar Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam. – MalaysiaGazette

Kategori