Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Silap Sebut Jantina Caitlyn...

JIKA ada yang masih tidak tahu siapa Caitlyn Jenner, wanita yang menghiasi muka...

Mangsa Banjir Di Membakut...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) Daerah...

Gerakan Sokong Polisi Baik...

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan akan menyokong segala dasar baik yang dibawa kerajaan...

BATC: Skuad Wanita Negara...

ALOR SETAR — Skuad badminton wanita negara bermula cemerlang apabila menang 4-1 dalam...

Henti Jual Lemang Periuk Kera – Maya Karin

KUALA LUMPUR – Duta ikon River of Life (ROL), Maya Karin, hari ini menggesa peniaga makanan menghentikan penjualan lemang periuk kera kerana spesies tumbuhan yang berbentuk seperti karung digunakan untuk hidangan itu semakin pupus kerana permintaan tinggi semasa musim perayaan Aidilfitri.

Aktres popular dan aktivis alam sekitar itu menyatakan kekecewaan terhadap isu itu dan menasihatkan peniaga supaya lebih inovasi dalam menyediakan juadah tanpa menggunakan daun berbentuk seakan-akan cangkir itu untuk mengekalkan kelestarian dan ekosistem hutan.

“Saya minta jangan ikut trend ini sebab periuk kera itu sangat susah nak dijumpa dan hanya ada di hutan. Banyak khazanah dalam hutan ini, bukan hanya bunga tapi ubat-ubat yang pengkaji boleh jumpa pada masa akan datang tapi kita dah tebang dan musnahkan.

“Ini pesanan kepada peniaga, saya harap sangat mereka berhenti*tapi mungkin kita kena cipta periuk kera tiruan, kalau nak sangat penampilan yang cantik,” katanya selepas menghadiri Kempen Ramadan Hijau di bazar Ramadan Kampung Baru, di sini semalam.

Terdahulu, Maya Karin mengedarkan 2,500 bag mesra alam ‘Aku Tak Nak Plastik’ yang mengandungi bekas makanan kepada pengunjung bazar Ramadan itu sebelum berbuka puasa di Halaman Warisan.


Kempen tersebut dianjurkan oleh EcoKnights dengan kerjasama Program Komuniti ROL bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pengurangan penggunaan plastik dalam kehidupan harian.

Kempen tersebut diadakan mulai 10 hingga 24 Mei lalu.

Kategori