Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Komuniti ASEAN Perlu Lebih...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin berkata sudah tiba masa...

Semangat Berpasukan Dalam ‘Ola...

IPOH - Penerbitan filem pecah panggung 'Ola Bola' mendapat pujian Sultan Perak Sultan...

Kajian Hukuman Mati Mandatori...

PUTRAJAYA - Hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori...

Siti Rahmah Atasi Kesedihan...

KUALA LUMPUR – Walaupun adik lelakinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di...

Ibrah Dari Kemenangan Liverpool Menurut Mufti Wilayah

MUFTI Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Liverpool dan penyokongnya selepas muncul juara dalam kejohanan Liga Juara-juara Eropah, yang menutup tirainya awal pagi tadi.

Pada masa sama beliau sempat menitipkan beberapa perkara ditunjukkan pasukan itu yang boleh dijadikan pengajaran daripada kemenangan tersebut.

Antaranya bulan puasa tidak seharusnya menjejaskan prestasi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

“Kami membaca berita dari akhbar beberapa hari sebelum perlawanan, bahawa jurulatih Jurgen Klopp tidak menghalang Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk berpuasa, sebaliknya memberi galakan kerana hak kebebasan beragama.

“Itulah profesionalnya mereka. Permainan tetap cemerlang,” katanya menerusi ruangan Kalam Mufti di Facebooknya.

Klopp sebelum ini dilaporkan berkata, dia menghormati amalan puasa anak-anak buahnya yang beragama Islam.

“Saya hormat agama mereka, mereka sentiasa hebat dan memberi yang terbaik sama ada ketika puasa atau tidak.

“Ada hari Sadio Mane atau Mohamed Salah tiba lambat di bilik persalinan (dressing room) kerana sembahyang… Dalam hidup ini, ada banyak perkara yang lebih penting daripada bola sepak,” katanya yang merupakan seorang Kristian bermazhab Protestan.


Awal pagi tadi, Liverpool menjulang piala berprestij itu buat kali keenam selepas menewaskan Tottenham Hotspurs dengan jaringan 2-0.

Salah turut menyumbang gol dengan sepakan penalti seawal minit kedua – gol kedua terpantas dalam kejohanan tersebut.

Beliau yang berpihak kepada The Reds dalam perlawanan itu sekali lagi membangkitkan semangat tidak mudah mengalah pasukan itu yang menurutnya boleh menjadi sumber inspirasi untuk semua.

“(Mereka) segera memperbaiki pasukan walaupun baru tewas di tangan Real Madrid tahun sebelumnya.

“Walaupun tak berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, mereka tidak terus mengalah dan kecewa, malah terus lebih kuat bersemangat,” katanya. – MalaysiaKini

Kategori