Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Digesa Tumpu...

KUALA NERUS - Pemuda PAS digesa untuk tidak lagi bangkit isu dalaman berkaitan...

Jalan Tugas Dengan Komited,...

KUALA LUMPUR - Di sebalik beberapa keputusan dalam perkhidmatan awam di bawah kerajaan...

Covid-19: 6,000 Maut Dalam...

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 6,000 kes dalam...

Covid-19: 1,128 Kes Baru,...

Sebanyak 1,128 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,516,319.Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā InstagramJumlah...

Isteri Tengku Muda Pahang Kemalangan Di Mersing

KUANTAN – Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami kecederaan pinggang selepas kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, pemandu lori tersebut, Masod Daud, 53, yang berasal dari Mersing mengalami kecederaan patah kaki kanan akibat kejadian tersebut.

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan, Mohd. Shafiq Shahdan Mohd. Ali, 24, serta pembantu rumah yang merupakan warga Filipina pula tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing menerusi kenyataan berkata, kenderaan dinaiki Cik Puan Julita Aishah yang merupakan isteri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Kuantan.

ā€œSemasa tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu MPV telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori di bahagian sisi kanan.

ā€œPemandu lori telah dikejarkan ke Hospital Mersing.


ā€œCik Puan Muda Pahang serta pemandu dan pembantu rumahnya pula dikejarkan ke hospital di Kuantan (Hospital Tengku Ampuan Afzan),ā€ kata beliau.

Ujar beliau lagi, kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Kategori