Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pastor Raymond Dilarikan Bukannya...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kehilangan Pastor Raymond Koh Keng...

Netizen Tak Sangka Gadis...

AKIBAT terlalu malas mengemas bilik sendiri, seorang gadis dari Nebraska, Amerika Syarikat menerima...

Patuh Nasihat Peminat, Indra...

DALAM pada menanti kehangatan pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal berlangsung...

Mekap Tidak Tahan Lama,...

BARU beberapa jam pakai mekap, foundation, maskara, eyeshadow, blusher dan lipstik sudah hilang entah ke...

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum.

Naib Presidennya, Dr. Amini Amir Abdullah berkata, tindakan memperlekeh para pekerja Melayu Islam jelas membuktikan pihak pengurusan kilang tidak menghiraukan perasaan dan sensitiviti rakyat Malaysia.

“Perkasa berasa sungguh kesal dengan pihak pengurusan kilang berkenaan yang menggelar pekerja Melayunya sebagai sampah.

“Kita perlu memelihara keharmonian kaum dan keamanan negara. Rakyat perlu mementingkan perpaduan nasional dan integrasi nasional merentasi perkara perkara picisan bahkan perlu memperkasa keamanan negara dan ketenteraman awam.

“Seringkali sensitiviti kaum dan agama dicabar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini tidak baik kepada hubungan antara kaum dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, polis di Pulau Pinang menerima tiga laporan berhubung bantahan oleh kira-kira 200 pekerja di sebuah kilang solar di Perai, Pulau Pinang yang berang digelar ‘sampah’ didakwa dikeluarkan oleh seorang pengurus kilang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, bantahan itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi apabila pekerja kilang Jinko Solar mendakwa diri mereka telah dihina.


Menurut Nik Ros Azhan, bantahan itu dipercayai berpunca daripada tangkap layar perbualan WhatApps pengurus berkenaan yang tular di dalam laman sosial Facebook.

Amini Amir juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh sensitiviti umat Islam dan Melayu agar perkara sama tidak berulang.

“Apakah ada tindakan tegas yang diambil pihak berwajib apabila ada kelompok tertentu yang mempermainkan sensitiviti kaum dalam negara ini? Apakah kita tidak pernah terfikir untuk menghalang perkara sebegini daripada berulang?

“Di dalam negara ini mempunyai majmuk majmuk pelbagai kaum, semestinya perlu saling menghormati, memahami dan bermuafakat antara satu sama lain.

“Mereka tidak boleh menjadi dalang, oportunis dan mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat jelata,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori