Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAN Sindir PAS Jangan...

KUALA LUMPUR - Jangan istiqamah kepada parti sebaliknya istiqamah kepada Islam, kata Penasihat...

Johor Tidak Turunkan Had...

JOHOR BAHRU - Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan...

Muhammadiyah Indonesia Sambut 1...

BEKASI – Anggota pertubuhan Islam Muhammadiyah mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di...

Peniaga Maut Kereta Terbabas...

BESUT - Seorang peniaga maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang...

Kadar Pengangguran Kekal 3.4 Peratus

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran di negara ini pada April lepas kekal pada 3.4 peratus bagi dua bulan berturut-turut, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh.

Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada bulan sama, bilangan penganggur naik 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 523.3 ribu orang.

“Kadar penyertaan tenaga buruh pada April 2019 kekal 68.5 peratus semenjak Februari 2019, namun meningkat 0.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Mohd. Uzir berkata, bilangan tenaga buruh pada bulan itu naik 2.0 peratus berbanding April 2018 kepada 15.61 juta orang.

Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 1.9 peratus kepada 15.09 juta orang, katanya.

Kategori