Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malindo Air Lancar Laluan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air hari ini melancarkan perkhidmatan penerbangan harian dari Kuala...

Gadis Bakal Nikahi Duda...

KOTA BHARU - Benar kata orang, cinta itu cukup luar biasa yang tidak...

Sudirman Haji Arshad Ikon...

KUALA LUMPUR - Bagaikan lagu dan irama, nama Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad...

Mas Idayu Nangis ‘Dibelasah’...

PENYANYI dangdut, Mas Idayu menjadi bualan hangat dalam netizen selepas tularnya rakaman memarahi...

Kadir Tegur Menteri: Semua Perkara Nak Serah PM

PEMIMPIN Pakatan Harapan patut turut mempromosikan Malaysia kepada pelabur dalam dan luar negara dan tidak munasabah menyerahkan tugas itu kepada perdana menteri semata-mata, kata A Kadir Jasin.

Pemimpin pusat Bersatu itu berkata ketika Pakatan Harapan sedang stabil sebegini, menteri-menterinya harus lebih proaktif.

Kadir, penasihat media Dr. Mahathir Mohamad, berada di Singapura minggu lalu bersama penasihat ekonomi perdana menteri, Muhammed Abdul Khalid untuk bercakap dengan pengurus dana, penganalisis dan wartawan.

“Kita telah buat banyak perkara lepas Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya 9 Mei 2018 tetapi saya nampak tak banyak diketahui oleh pelabur antarabangsa,” katanya.

“Menteri bertanggungjawab dalam ekonomi, kewangan dan perdagangan, khususnya, harus jadi jaguh kampung dan jaguh dunia.


“Jika mereka buat perkara ini, tolong percepatkan tempoh dan jika mereka tak buat, tolong mulakan.

“Ada banyak cerita-cerita bagus untuk diberitahu dan jangan segan untuk beritahu.”

Menulis di blog, Kadir menggesa menteri-menteri lebih ke depan dan melibatkan diri dalam taklimat pelaburan dan persidangan global. – Malaysiakini

Kategori