Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zahid Hamidi Ziarah Jenazah...

KAJANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Serang Dengan Kapak Di...

DUESSELDORF (Jerman) - Lima individu cedera diserang lelaki bersenjatakan kapak di stesen kereta...

Pembantu Kedai Direman 7...

KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret...

Fitnah “Khairy Tak Masuk...

KUALA LUMPUR - "Kalau nak menipu pun biarlah logik sikit..".Itu sindiran Menteri Belia...

Karya Zunar Sindir Kerajaan PH

KUALA LUMPUR – Kontroversi pelantikan peguam, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menarik perhatian kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque.

Menerusi beberapa akaun Facebook, satu karya Zunar yang telah dimuat naik memaparkan seorang watak dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan jentera penggelek jalan untuk menghancurkan reformasi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan Kabinet.

Lukisan tersebut bagaikan sindiran terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa Dr. Mahathir berjaya melenyapkan komitmen parti itu yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hal itu termasuklah mengenai pelantikan Latheefa pada minggu lalu yang disifatkan dibuat secara ‘berseorangan’ tanpa pengetahuan Kabinet dan PSC, sekali gus dianggap tidak menepati janji-janji PH untuk memperkasakan institusi termasuk SPRM.

Keadaan itu menyebabkan beberapa pemimpin PH mempromosikan petisyen melalui laman web www.change.org bagi mengumpul sokongan mendesak Latheefa meletakkan jawatan.


Dr. Mahathir bagaimanapun kelmarin menegaskan keputusan melantik Latheefa itu adalah muktamad. – UTUSAN ONLINE

Kategori