Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Laluan Kontra Putrajaya –...

KUALA LUMPUR - Maju Expressway Sdn. Bhd. (Maju Expressway) akan melaksanakan percubaan laluan...

Latheefa Tak Sempat Buka...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak kesal kerana Latheefa Koya melepaskan jawatannya...

Penjelasan Mengenai 1MDB, TPPA...

KUALA LUMPUR - Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Kebangsaan di sini Sabtu ini...

Lawatan Raja Salman Lenyapkan...

KUALA LUMPUR - Lawatan negara Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al...

Kawasan Kampung Kuala Koh Diklasifikasi Zon Merah

GUA MUSANG – Kawasan Kampung Kuala Koh di sini diklasifikasikan sebagai Zon Merah selepas agensi-agensi lain termasuk petugas media tidak dibenarkan masuk bermula pagi tadi.

Menurut sumber, arahan tersebut dikeluarkan bermula pagi ini dan hanya petugas-petugas khas terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Forensik sahaja dibenarkan masuk ke lokasi berkenaan.

Difahamkan, pasukan petugas khas tersebut memulakan operasi bermula pukul 8 pagi bagi tugas mengesan dan menggali kubur 12 mayat Orang Asli suku kaum Batek yang meninggal dunia secara mengejut sejak 2 Mei lalu.

Hari ini pihak polis sudah mendapat maklumat awal mengenai lokasi lapan mayat yang ditanam di radius tiga kilometer dari khemah yang didirikan oleh penduduk Orang Asli suku kaum Batek.

Empat lagi mayat pula dikebumikan di Hulu Sungai Lebir.


Kesemua 12 mayat tersebut terpaksa digali semula untuk dibedah siasat bagi mencari punca kematian mereka.

Kategori