Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Dipercayai Didera...

JITRA - Seorang wanita maut dipercayai didera seorang lelaki di sebuah rumah yang...

Polis Tawau Tahan 6...

TAWAU - Polis menahan enam suspek termasuk seorang remaja perempuan disyaki terlibat dalam...

Curi 6 Tin Sardin,...

KUALA LUMPUR - "Saya menumpang di rumah pakcik berusia 70 tahun. Saya curi...

HFMD: Tutup Sehari, Bersih...

SEBUAH pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) di Alor Setar, mengambil inisiatif menutup premis itu...

Keluarga Mangsa Tuduh Putin Dalang Tragedi MH17

BELANDA – Waris mangsa tragedi MH17 menamakan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai dalang utama insiden berkenaan.

Ibu kepada anak lelaki dan menantu yang terbunuh dalam nahas terbabit Silene Fredriksz memberitahu wartawan, kejadian tersebut berlaku kerana presiden itu.

“Dia mewujudkan situasi ini dan dia adalah orang penting yang bertanggungjawab,” katanya selepas anggota keluarga diberi taklimat berkenaan insiden dalam satu sidang media di Belanda, hari ini.

Menerusi laporan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) empat suspek didakwa atas tuduhan membunuh selepas menembak jatuh pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine pada 2014 akan dibicarakan seawal tahun depan.

Empat individu yang dinamakan Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) adalah Igor Gerkin, Sergey Dubinsky, Oieg Pulatov dari Russia manakala Leonid Kharchenko, seorang warganegara Ukraine. – Agensi

Kategori