Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Hishammuddin Nafi Ketuai Pertemuan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan beliau...

Hina TMJ: Polis Mohon...

JOHOR BAHRU - Polis akan memohon lanjutan tahanan reman ke atas pelakon dan...

2 Tahun Mengandung, Wanita...

HEBOH di bandar Port Harcourt, Nigeria seorang wanita yang hamil selama dua tahun...

David Bergandingan Dengan Brooklyn...

WALAUPUN sudah menggantung but sejak dua tahun lalu, ia tidak menghalang bekas bintang...

Kepala Surat Kementerian Tak Wajar Untuk ‘Urusan Selekeh’

KUALA LUMPUR – Menggunakan kepala surat kerajaan atau kementerian untuk ‘urusan-urusan yang selekeh’ adalah sangat tidak profesional.

Justeru, Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar menteri atau pegawai menteri yang tidak cukup pengalaman mengenai urustadbir untuk menjalani kursus.

Menurut beliau, kursus berkenaan penting agar mereka tidak bertindak secara tidak profesional.

Dr. Mohd Asri dalam satu hantaran di Facebook berkata, antara tindakan yang dianggap tidak profesional adalah penggunaan kepala surat kerajaan atau kementerian secara tidak wajar bagi ‘urusan-urusan yang selekeh’.

“Saya mencadangkan untuk menteri-menteri atau pegawai-pegawai baru menteri yang tidak cukup pengetahuan atau pengalaman mengenai urustadbir diberikan kursus induksi.


“Ini penting supaya tidak bertindak secara yang sangat tidak profesional. Umpamanya, kepala surat (letterhead) kerajaan atau kementerian tidak wajar digunakan untuk urusan-urusan yang selekeh,” kata Dr. Mohd Asri.

Menurut Dr. Mohd. Asri, perbuatan tersebut akan mendedahkan banyak kedangkalan lain dan cara yang tidak matang. – UTUSAN ONLINE

Kategori