Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mahu Jadikan Simpang Renggam...

KLUANG - Anggota Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berhasrat menjadikan Simpang Renggam...

Israel Batalkan Perakuan Media...

BAITULMAQDIS - Israel semalam membatalkan perakuan media seorang wartawan Al-Jazeera kerana mendakwa tugas...

5 Projek Rancangan Tebatan...

KUANTAN – Lima projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) serta projek Pembangunan Lembangan Sungai...

Teruja Kemungkinan ‘Shinkansen’ Beroperasi

KUALA LUMPUR - Kemungkinan sistem kereta api laju terkemuka Jepun, Shinkansen, dilaksanakan di...

Kerjasama PAS Bukan Bersifat Inklusif

KUANTAN – PAS bukan parti bersifat inklusif tetapi sedia membuka ruang kepada semua parti yang ingin bekerjasama demi penyatuan ummah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, muafakat PAS dengan parti politik di negara ini bukan perkara baharu.

“Kita telah bekerjasama dengan hampir semua parti politik di negara ini antaranya UMNO dan Barisan Nasional (BN), PKR dan DAP.

“Ini bermaksud bahawa PAS bukan parti yang bersikap inklusif atau bersikap kita sendiri, tetapi sedia membuka ruang (kerjasama) dengan sesiapa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.


Tuan Ibrahim berkata, dalam kerjasama yang diwujudkan tersebut, PAS berpegang kepada prinsip parti itu mesti dihormati dan berpandukan dasar politik masing-masing.

“Muafakat kita (PAS) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kita bersama dengan UMNO dan BN,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori