Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pokemon Go: ‘Ustaz Segera’...

MELAKA - Masyarakat terutamanya umat Islam dinasihat menghormati pandangan mufti dan institusi berkaitan...

1Serve Di UTC Perak...

IPOH - Pelaksanaan 1SERVE: Satu Kaunter Pelbagai Perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

74 Pulih, Tiada Kematian,...

TIADA kematian berkaitan virus Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Mahkamah Australia Denda Restoran...

SEBUAH mahkamah di Australia menghukum denda AS$300,000 (RM920,747) ke atas sebuah rangkaian restoran...

KJ Dibenarkan Bertanding Jawatan Presiden MPM

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akhirnya diberi ‘lampu hijau’ untuk mencabar jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), minggu depan.

Status Khairy sebelum ini menjadi tanda tanya selepas borang pencalonannya dikatakan dihantar pada pukul 11.30 malam pada 15 Jun, sedangkan dalam borang pencalonan tertera bahawa tarikh akhir penyerahan borang adalah sebelum 15 Jun atau bermakna selewat-lewatnya pukul 11.59 malam, 14 Jun.

Bagaimanapun dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan MPM hari ini, Khairy yang mewakili Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia dibenarkan bertanding merebut kerusi No. 1 itu bersama empat calon lain yang turut menghantar borang masing-masing pada 15 Jun.

“Lima calon menghantar borang pada 15 Jun dan mereka adalah Siti Zaharah Abdul Khalid (Naib Presiden-Wanita), Dr. Naharuddin Hashim (Naib Presiden), Dr. S. Radha Krishnan (Timbalan Presiden), Ng Keng Chuan (Timbalan Presiden) dan YB Khairy Jamaluddin. Borang terakhir diterima pada pukul 9.38 malam.

“Lembaga Eksekutif sebulat suara memutuskan bahawa lima calon tersebut dibenarkan bertanding kerana mereka telah mematuhi peraturan dan telah memfailkan pencalonan masing-masing dalam tempoh masa ditetapkan,” kata Presiden MPM, SM Nasarudin SM Nasimuddin. – UTUSAN ONLINE

Kategori