Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

AL-FATIHAH: Isteri KPN Meninggal...

KUALA LUMPUR- Puan Sri Azizah Hamdi iaitu isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri...

Hutan Seluas Singapura Dilulus...

Kumpulan alam sekitar Rimba Disclosure Project (RDP) mendakwa bahawa Semenanjung Malaysia akan menyaksikan...

Suami Nora, Johan Nawawi...

PETALING JAYA - Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal...

Tuntutan Palsu: Pengurus Syarikat...

JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus di...

KWSP Berdepan Cabaran Beri Dividen 6 Peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berdepan cabaran besar untuk mengekalkan pengagihan dividen pada kadar melebihi enam peratus pada tahun ini.

KWSP pada tahun lalu mengagihkan dividen pada kadar 6.1 peratus.

Badan itu secara tradisinya menentukan supaya kadar dividen sekurang-kurangnya dua peratus lebih tinggi daripada kadar inflasi. Bank Negara pula menganggarkan kadar inflasi berlegar antara 0.7 hingga 1.7 peratus tahun ini.

Disebabkan pendapatan daripada pelaburan menurun pada suku pertama, KWSP justeru dilihat berdepan cabaran untuk memberi dividen 6.1 peratus ke atas.

Pakar ekonomi, Lee Heng Guie ketika dihubungi China Press menjangkakan pemberian dividen KWSP bagaimanapun tidak akan memecah rekod 4.25 peratus yang pernah dicatatkan pada 2002.


“Semasa menerima tempias krisis ekonomi Asia pada 2008, KWSP masih mampu memberi dividen pada kadar 4.5 peratus.

“Keadaan ekonomi semasa adalah lebih cerah berbanding masa itu, oleh itu dividen dilihat tidak akan lebih rendah daripada 4.5 peratus,” katanya.

Kategori