Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mata Putera Philip Lebam...

BANYAK pihak mula menyuarakan kebimbangan sebaik sahaja melihat gambar Duke of Edinburgh, Putera Philip,...

Insiden Pulau Angsa: Kotak...

KUALA SELANGOR: Selepas 44 hari pencarian, kotak hitam helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan...

Sultan Perak Dukacita, Terima...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima laporan daripada...

2 Penjenayah Terbabit Samun,...

SEREMBAN - Dua penjenayah dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan pecah rumah ditembak...

Lebih 100 Demo Bantah Cadangan Jajaran LRT Bayan Lepas

PULAU PINANG – Lebih 100 umat Islam mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini bagi membantah cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan hadapan masjid tersebut.

Demonstrasi tersebut yang bermula kira-kira pukul 2 petang berakhir sejam kemudian selepas memorandum bantahan cadangan projek tersebut diserahkan kepada Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri, Roshidi Hussin.

Bendahari Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Mohd. Noor Kamarudin berkata, jajaran tersebut pada mulanya telah dipersetujui untuk dibina di belakang masjid seperti perjanjian pada 2016 antara SRS Consortium dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar.

“Namun terdapat perubahan di mana jajaran tersebut diubah di bahagian hadapan masjid dan kami hanya dimaklumkan perubahan ini pada dua minggu lalu.

“Perubahan jajaran ini akan menyebabkan kawasan asal masjid di atas tanah wakaf terjejas serta terdapat lebih 600 kubur umat Islam turut akan terlibat dengan perubahan jajaran ini,” katanya di sini hari ini.


Jajaran LRT Sungai Nibong merupakan salah satu komponen Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori