Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jangan Terperangkap Dengan ‘Media...

KOTA BHARU - Rakyat diingatkan agar tidak terperangkap dengan berita palsu kerana amalan...

Jiran Nampak Suspek Heret...

JOHOR BAHRU – Jiran kepada mangsa kejadian bunuh melibatkan seorang ibu dan bayi...

Permintaan Tinggi Batu Nisan...

LARIS... Setiap kali Ramadan serta menjelang Aidilfitri, perniagaan batu nisan dan belindan mendapat...

Penumpang Terkejut Tambang Feri...

ALOR SETAR - Rata-rata penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Kuala Kedah...

Lelaki Berkopiah Sembah Tokong Minta Maaf

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki berkopiah dan berkain pelekat yang menyembah tokong di Tanjung Piandang di sini baru-baru ini meminta maaf kepada umat Islam di atas perbuatannya hari ini.

Lelaki berkenaan, Lim Lip Kok,43, dalam permohonan maafnya yang dibacanya dalam bahasa Mandarin berkata, dia amat menyesali kesilapannya yang telah menyinggung perasaan orang Islam dan Melayu.

“Dengan ini saya ingin meminta maaf dan memohon pengampunan dari rakyat Malaysia serta sahabat Muslim dan Melayu dan saya berjanji saya tidak akan mengulangi kelakukan ini lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dia kemudiannya tunduk sebanyak tiga kali sambil berkata ‘saya minta maaf’ sebanyak tiga kali.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Labu Atas, Mohd. Suhimi Majid Azizi, Biro Agama Masjid Tanjung Piandang, Mohd. Yusop Budin dan Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean.

Menurut Lip Kok, dia tidak mengetahui pakaian yang dipakainya itu boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.

“Saya juga tidak menyedari perbuatan saya dirakam individu yang tidak dikenali,” katanya.


Sementara itu, Mohd. Yusop berkata, dengan permohonan maaf yang dibuat oleh lelaki tu, pihaknya menganggap kes itu selesai.

“Namun saya menasihati semua pihak agar tidak melakukan perkara sama kerana ia boleh menyentuh sensitiviti orang Islam,” katanya.

Sebelum ini, lelaki itu ditahan pihak polis pada 10 Jun lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokannya. – UTUSAN ONLINE

Kategori