KUALA LUMPUR – Awal pagi ini kecoh dengan dengan video tular seorang lelaki mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan individu mirip seorang menteri.
Lelaki yang dikenali sebagai Haziq Aziz menerusi video kurang seminit itu mendakwa dia individu dalam video itu bersama seorang lelaki mirip seorang menteri di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.
Kejadian itu turut didakwa berlaku di pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan baru-baru ini.
“Video itu diambil tanpa kebenaran dan saya bersumpah bahawa sayalah individu bersama seorang menteri,” dakwa lelaki itu dikenali Haziq.
Dalam video itu, dia turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat individu bersamanya itu atas tuduhan korupsi.
“Dia bukanlah individu yang layak menjadi pemimpin,” jelas lelaki itu. – K! ONLINE