Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ayam Mahal, KPDNHEP Ambil...

PUTRAJAYA: Hampir 500 tindakan sudah diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal...

Selepas Suami, Abang Celine...

KHAMIS lalu, penyanyi Celine Dion kehilangan suami tercinta, Rene Angelil yang meninggal dunia...

Thai Mohon Malaysia Hantar...

BANGKOK – Thailand memohon kerjasama Malaysia untuk menghantar kembali rakyat Uighur yang dipercayai...

Noripah Pengerusi Lembaga Pengarah...

PUTRAJAYA - Bekas Penasihat CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic), Datuk Noripah Kamso...

Lelaki Puja Tokong Dibebaskan

BAGAN SERAI – Seorang nelayan lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Tanjung Piandang di sini semalam, akan dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob berkata pasukan siasatan dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan dan permohonan reman ke atas lelaki itu yang sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini dibatalkan.

Katanya, suspek yang berumur 43 tahun dari Tanjung Piandang dijangka dibebaskan dengan jaminan polis dalam tempoh 24 jam atau sebelum 7 malam hari ini atau selepas siasatan selesai dijalankan.

“Kes ini tidak terhenti di sini kerana siasatan daripada pelbagai aspek akan diteruskan terhadap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Omar Bakhtiar berkata pihaknya telah menahan suspek setelah dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada 5 petang semalam.


Nelayan itu ditahan bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang yang tular di media soaial baru-baru ini.

Kategori