Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bunuh Diri Trauma...

SEBUAH portal berita melaporkan seorang lelaki dikenali sebagai Chew Kok nekad membunuh diri...

Pelajar Malaysia Dipuji Bantu...

SEORANG pelajar perubatan Malaysia mendapat pujian netizen kerana tindakannya berusaha menyelamatkan penduduk tempatan...

JKM Diperuntukkan Lebih RM1...

KOTA BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan diberi peruntukan lebih RM1 juta...

Lebih 6,000 Asnaf Dapat...

KUBANG PASU - Lebih 6,000 asnaf di seluruh negeri ini akan menerima manfaat...

Mayat 4 Mangsa Tanah Runtuh Berjaya Dikeluarkan

GEORGE TOWN – Operasi pencarian 4 mangsa warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian tembok penahan tanah, runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, berakhir dengan penemuan dan pengeluaran mayat terakhir dari tempat kejadian kira-kira pukul 4.35 pagi ini.

Penemuan mayat terakhir itu menamatkan pencarian selama 7 jam selepas kejadian itu dilaporkan pada pukul 9.45 malam tadi yang menyaksikan pasukan pencarian terpaksa mengharungi beberapa kesulitan sebelum berjaya mencapai misi mereka.

Pengumuman penemuan mayat terakhir oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Che Zaimani Che Awang seperti membawa kelegaan bukan hanya kepada pasukan pencarian, malah dalam kalangan pengamal media yang pernah mengharungi pengalaman membuat liputan operasi seumpama ini tahun lepas.

Kejadian terbaru ini sudah pasti mengingatkan mereka kembali kepada kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus 19 Oktober tahun lepas yang melibatkan operasi pencarian selama 4 hari sebelum berakhir dengan mencatatkan 9 kematian.

Operasi kali ini turut menyaksikan semangat tinggi dalam kalangan petugas operasi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan efisien dan bersepadu biarpun menghadapi beberapa cabaran.

Dalam insiden semalam, Che Zaimani berkata mayat ke-4 warga Myanmar yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bunga ditemui pada pukul 3.35 pagi ini.

Menurutnya, mangsa terakhir itu ditemukan dalam keadaan kedudukan berdiri berhampiran dengan penemuan 3 mayat yang lain.

“Kita telah berjaya menemui semua mangsa yang tertimbus dalam kejadian ini. Mangsa terakhir kita jumpa pada pukul 3.35 pagi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha menyelamat sehingga proses ini selesai.

“Operasi ini ditamatkan sepenuhnya selepas mayat ke-4 berjaya dibawa keluar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata pasukan penyelamat mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa disebabkan banyak besi-besi cerucuk yang berada di tempat kejadian sekali gus menyebabkan proses untuk menggali tanah terganggu.

“Mereka ini sedang memasang besi-besi cerucuk untuk memasang dinding penahan di tempat tersebut. Sebahagian daripada mangsa nampak tercedera kerana besi-besi ini. Tiga mayat ditemukan dalam keadaan berdiri manakala 1 mayat terbaring berhampiran mayat yang lain,” katanya.


Sebelum itu, sebatang akar tunjang pokok yang besar terdapat dalam runtuhan tanah itu juga menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mangsa, namun ini tidak mematahkan semangat pasukan itu biarpun mengharungi tugas dari malam hingga ke awal pagi.

Che Zaimani berkata semua mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pihaknya akan berhubung dengan Kedutaan Myanmar bagi mendapatkan maklumat dan butiran semua mangsa berdasarkan cap jari yang diperoleh.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata seramai 117 anggota dan pegawai dari 5 balai serta dibantu anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Selain polis dan bomba, operasi SAR turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Seorang tukang kebun yang menjadi saksi insiden yang berlaku pukul 9.25 malam itu mendakwa mendengar satu dentuman kuat sebelum melihat sebuah tembok penahan di lereng bukit berdekatan sebuah pusat peranginan di Tanjung Bungah, runtuh.

Zulkefli Tinggal, 61, memberitahu polis tembok berkenaan sedang dibina pekerja warga Myanmar yang hanya dikenalinya dengan nama Ong, bersama-sama 3 lagi rakan senegara Ong.

Menurut saksi ini, Ong sudah bekerja di pusat peranginan itu hampir 3 tahun sebagai petugas penyelenggara dan keempat-empat warga Myanmar itu sudah menjalankan kerja pembinaan tembok itu sejak seminggu lepas.

Pemilik pusat peranginan itu pula memberitahu keempat-empat warga Myanmar itu datang menawarkan diri untuk membina tembok penahan tanah dalam tempoh 20 hari namun hanya mengenali Ong, ekoran 3 pekerja lain dibawa oleh Ong.

Semua mangsa diupah oleh pemilik sebuah resort di situ untuk membina tembok penahan tanah selepas mendapati berlaku pergerakan tanah sejak seminggu lalu.

Kategori