Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Pesan Jangan...

"Jangan tunggu lama-lama. Tunggu lama-mana nanti diambil orang"Ikuti Mynewshub: TelegramBegitu jenaka Timbalan Pengerusi Barisan...

Pencari Kerja Jangan Pilih...

TAWAU - Golongan pencari kerja di Sabah dinasihatkan agar tidak memilih pekerjaan dalam...

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil...

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti...

Kes Positif Covid-19 Jatuh...

PUTRAJAYA : Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak...

Mohamad Nasir Dilantik Pengerusi Baharu PLUS

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Nasir Ab Latif sebagai  pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 27 Jun ini.

Menurut satu kenyataan pada Jumaat, Mohamad Nasir menggantikan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim yang memilih untuk bersara pada 27 Jun 2019 selepas menerajui Kumpulan PLUS selama hampir 17 tahun.

Mohamad Nasir, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad sejak 31 Disember 2013, memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 1982 dan telah memegang beberapa jawatan sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia dan memperolehi Diploma Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada tahun 1996.

Selain itu, beliau juga memiliki Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Stirling, United Kingdom (1999).


Mohamad Nasir juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Yinson Holdings Berhad, BBCC Development Sdn. Bhd., Yarra Park City Pty. Ltd., PNB-Kwasa International Holding Limited, PNB-Kwasa International 1 Limited dan PNB-Kwasa International 2 Limited.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Kumpulan PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Sheriff yang telah menerajui PLUS selama 17 tahun.

Kategori