Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aib.. Isteri Curang ‘Melekat’...

JOHANNESBURG - Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul...

Sky Box Tarikan Baharu...

ORANG ramai berpeluang berdiri dalam kota kaca pada paras ketinggian 300 meter dari...

Lebih Banyak Kekosongan Akan...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan bercadang untuk menambah lebih banyak kekosongan jawatan bagi...

Wanita UMNO Sabah Mampu...

KOTA KINABALU - Wanita UMNO Sabah mampu memberi impak kepada rakyat ketika menyampaikan...

Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Tidak Terima Dana 1MDB

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan bekas tiga Pengerusi UMNO Negeri yang kini bersama Pakatan Harapan tidak menerima dana 1Malaysia Development Berhad melalui akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang masing-masing sebelum ini mengetuai UMNO Kedah, UMNO Johor dan UMNO Sabah tidak menerima wang 1MDB dalam akaun peribadi mereka.

Kenyataan Guan Eng itu susulan Presiden Gerakan, Dominic Lau yang bertanya Guan Eng sama ada tiga pemimpin PH berkenaan antara penerima dana tersebut

Guan Eng turut mempertikaikan mengapa Lau tidak bersuara ketika dana 1MDB ditemui dalam akaun bank Najib.

“Gerakan gagal mempersoalkan Najib ketika wang itu dimasukkan ke akaun peribadinya dari 1MDB,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Belanjawan 2020 di Kementerian Kewangan hari ini.


Muhyiddin yang lantang bersuara berkenaan skandal 1MDB ketika bersama UMNO kini merupakan Menteri Dalam Negeri manakala Mukhriz kini Menteri Besar Kedah dan Shafie, Ketua Menteri Sabah.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1MDB. – Sinar Harian

Kategori