Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

AADC 2 Kembalikan Nostalgia...

PEMINAT filem Indonesia yang menjadi fenomena 14 tahun lalu, Ada Apa Dengan Cinta...

Samsung? Euww: Janna Tak...

PELAKON, Janna Nick beranggapan bahawa tindakan seorang personaliti Instagram atau 'Instafamous' yang memperlekehkan...

Meteorologi Keluarkan Amaran Cuaca...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca berbahaya yang dijangka berlaku...

Siti Saleha Akui Berdebar...

HEROIN drama Nora Elena, Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom bakal...

Nasib Papan Tanda Bahasa Mandarin Minggu Hadapan

KUALA SELANGOR – Keputusan sama ada papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin yang dipasang di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan diturunkan atau tidak akan diumumkan minggu hadapan, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Katanya isu mengenai papan tanda berkenaan yang menjadi hangat sejak minggu lepas telah dibincangkan dan diputuskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)  pada Rabu lepas.

“Saya akan umum nanti, kita sudah buat keputusan dalam MMKN, tetapi kita harus menetapkan dan memutuskan minit tersebut terlebih dahulu.

“Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai perkara ini, dan Inshaallah keputusannya akan diumum minggu hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bridge of Dreams di Eco Grandeur di sini.Ā 

Turut hadir Pengerusi EcoWorld, Tan Sri Liew Kee Sin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Papan tanda itu menjadi isu apabila ia memaparkan tulisan bahasa Mandarin dan Sultan Sharafuddin pada November tahun lepas menitahkan supaya ia diturunkan.

Kategori