KUALA LUMPUR – Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain menyambut 1 Syawal pada hari ini.
“Bulan Syawal dapat dilihat dari beberapa bahagian pada petang Isnin, bermakna Syawal akan bermula pada hari berikutnya,” kata Arab News.
Negera-negara Arab melihat anak bulan Syawal pada petang Isnin.
Negara Arab seperti Kuwait, Jordan dan negara-negara Arab yang lain juga beraya pada hari ini.
Manakala di Pakistan, Australia dan negara-negara Asia yang lain, sambutan Aidilfitri dijadual pada hari Rabu. – Agensi