Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UPM Hasil Lebih 1,800...

SERDANG - Lebih 1,800 harta intelek (IP) yang mencakupi pelbagai teknologi dan kemudahan...

PDRM Naik Taraf 22...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menaik taraf 22 balai di...

Jabatan Kesihatan P.Pinang Rampas...

BUKIT MERTAJAM - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang...

Proses Bawa Turun Jenazah...

PUTRAJAYA: Proses membawa turun jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Leftenan Kolonel...

Orang Asli Batek Disahkan Hidap Demam Campak

PUTRAJAYA – Sebanyak 37 daripada 112 pesakit Orang Asli Suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang yang diselubungi penyakit misteri, disahkan menghidap wabak measles (demam campak).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia berdasarkan ujian makmal yang dijalan ke atas seramai 170 daripada 185 (92 peratus) penduduk Kampung Kuala Koh yang telah ditemui dan diperiksa status kesihatan mereka.

ā€œSebanyak 37 kes telah disahkan measles melalui ujian makmal. Keputusan ujian-ujian makmal yang lain seperti tuberkulosis, melioidosis, leptospirosis dan corona virus adalah negatif.

ā€œBerdasarkan daripada keputusan makmal tersebut, penyakit yang berlaku dalam kalangan Orang Asli Kampung Kuala Koh ini ialah wabak measles (demam campak),ā€ katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas perubatan haji 2019 di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, faktor penyumbang kepada penularan jangkitan measles dalam komuniti Orang Asli Kampung Kuala Koh adalah liputan imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR) dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua.

Beliau berkata, pasukan kesihatan sukar untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kerana cara hidup suku kaum itu yang kerap berpindah randah.

ā€œKekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi,ā€ jelasnya.

Menurut beliau, sejumlah 14 kematian telah dilaporkan berlaku, namun hanya dua kes terakhir telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.


Kematian terbaharu, seorang budak lelaki berusia dua tahun enam bulan yang turut mengalami kekurangan zat makanan dengan berat terakhir tujuh kilogram, kata beliau.

ā€œHasil bedah siasat yang pertama, punca kematian dilaporkan sebagai pneumonia (radang paru-paru).

ā€œPasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan dibantu oleh Pasukan Perubatan Forensik KKM telah berjaya mengeluarkan kesemua 12 mayat dari Kuala Koh sehingga jam 6.40 petang semalam dan telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian,ā€œ katanya.

Dr. Dzulkefly berkata, gejala penyakit measles adalah demam dengan batuk, selesema atau mata merah (konjunktivitis), diikuti dengan ruam selepas beberapa hari.

ā€œKomplikasi jangkitan measles berlaku terutama kepada bayi, kanak-kanak, serta individu yang mengalami kekurangan zat makanan dan tahap imuniti yang rendah. Komplikasi measles termasuk pneumonia, cirit-birit, keradangan otak (encephalitis), otitis media dan kematian,ā€ jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori