Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Nelayan Masih Bantah Projek...

GEORGE TOWN - Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) kecewa dengan pendirian kerajaan...

Ozil Undur Skuad Jerman...

BERLIN - Jika di Malaysia, Pakatan Harapan sibuk buang ketua jabatan dan syarikat...

Kedah Catat Peningkatan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 9.2 peratus kes demam denggi atau 95...

Kurator Adat Dan Warisan...

KUALA LUMPUR - Seorang Kurator Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor...

Orang Asli Kuala Koh: Guna Mantera, Jampi Usir Malapetaka

GUA MUSANG – Sekumpulan warga emas di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini pernah menggunakan ritual mantera dan jampi serapah untuk mengusir ‘virus’ kematian penduduk sejak sebulan lalu.

Kaedah itu adalah kepercayaan tradisional kaum Batek sejak turun-temurun sekiranya berlaku sesuatu malapetaka di kawasan penempatan mereka.

Guru Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Orang Asli di kampung itu, Mohd. Fazli Mamok, 31, berkata, warga emas di kampung itu berusaha untuk menghalang bala daripada terus melanda penduduk kampung yang mati secara mengejut seorang demi seorang sejak bulan Ramadan lalu.

Katanya, sebelum ini, kampung Kuala Koh tidak pernah mencatat kematian yang ramai berbelas orang dalam tempoh setahun walaupun mereka hidup secara nomad dan menggunakan sumber hutan serta air sungai.

“Setiap tahun hanya berlaku satu sehingga tiga kematian disebabkan orang tua yang uzur atau penduduk sakit tenat.

“Kita selaku penduduk tempatan di sini begitu terkejut apabila 14 kematian dicatatkan setakat ini akibat penyakit jangkitan paru-paru.

“Saya juga pernah menguruskan seorang jenazah anak tok batin Kuala Koh, Romi Hamdan, 25, mengikut cara Islam di tanah perkuburan berhampiran Taman Negara Kuala Koh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA) Kampung Aring, Rama Batu berkata, pihaknya bersedia membantu memujuk penduduk kampung Orang Asli Kuala Koh untuk mendapatkan rawatan di hospital supaya penyakit itu tidak terus menular.

Katanya, kebanyakan mayat penduduk yang mati secara mengejut telah ditanam di dalam hutan tebal jauh dari kampung mereka.

“Kebanyakan mayat itu ditanam secara adat dan ada juga yang digantung pada batang pokok.

“Mengikut kepercayaan kaum Batek menggantung mayat pada pokok merupakan cara untuk mengusir kegelapan atau sial yang melanda keluarga dan kampung mereka,” katanya. – K! ONLINE

Kategori