Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bahang Kempen PRK Tanjong...

LUNDU - Bahang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu yang memasuki hari...

Petronas Minta Maaf Isu...

AKUI... Petronas hari ini memohon maaf susulan kejadian kira-kira 20 buah kenderaan akibat...

5 September Pendengaran Permohonan...

IPOH : Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 5 September depan untuk pendengaran permohonan...

Jeck Seng, Ibarat Cina...

ALOR SETAR - PAS Kedah mempertahankan calon BN, Wee Jeck Seng yang akan...

Otai Reformis Curiga Dengan Mahathir

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis 1998 menggesa supaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersikap berat sebelah dalam mengendalikan isu video seks yang didakwa turut melibatkan seorang menteri Kabinet.

Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr. Idris Ahmad menjelaskan, sikap Dr. Mahathir tersebut berbeza jika dibandingkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dihukum pada tahun 1998.

“Otai Reformis juga curiga dengan campur tangan Tun Dr. Mahathir dalam isu video seks ini dengan mengatakan bahawa video tersebut boleh dipalsukan dengan teknologi canggih sedangkan kita meragui kepakaran beliau dalam teknologi video ini.

“Manakala pelaku dalam rakaman video itu telah membuat akuan pendedahan bahawa mereka berdua terlibat dalam aksi seks tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail.

Dr. Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok dalam pada itu turut menyarankan agar menteri terbabit yang dikaitkan dengan video tersebut untuk diberikan cuti rehat daripada tugasan rasmi.


“Ia bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap video seks yang melibatkan imej mirip beliau.

“Ini juga bertujuan menjaga nama baik kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori