Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis KL Lengkapkan Siasatan...

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung penipuan...

BN Adakan Mesyuarat Khas...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen...

Rasuah: Bekas Pegawai Khas...

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai khas kepada seorang bekas menteri Kabinet dijatuhi...

Lelaki Dedahkan Saat Menakutkan...

MENGEJUTKAN….. Seorang lelaki yang ketagih untuk membesarkan bibirnya, terkejut apabila bibir yang telah...

PAS Ingatkan Ahlinya Tidak Sebar Video Hanyir

SHAH ALAM – PAS menggesa ahli dan kepimpinannya agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.

“Sebagai seorang Muslim sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.

“Di saat pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, Pas perlu tampil menjadi agen yang membantu bukan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang tidak bermanfaat.

“Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukhuwah jamaah dan jaga hubungan dengan ALLAH, agar ALLAH pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Awal pagi tadi, Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip wajah menteri.


Video panas tersebut tersebar sejak semalam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggesa Mahkamah Syariah Sabah menghukum individu tersebut atas pengakuannya.

“Sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan (berkaitan klip video seks), maka PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau.” – Sinar Harian

Kategori