Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

1,214 Sekolah Laksana Program...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,214 sekolah di seluruh negara memilih untuk melaksanakan Program...

4 Gerai Jual Pakaian,...

KOTA BHARU - Empat unit gerai menjual pakaian dan peralatan musnah dalam kebakaran...

Dana Mudahcara Teraju Bantu...

PEKAN - Penubuhan Dana Mudahcara oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah membantu...

Nik Nazmi Ingatkan Azmin...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan...

PAS Sifatkan Kemenangan PH Satu Tragedi

KUANTAN – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 adalah satu tragedi yang menyedihkan buat umat Islam dan penganutnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh berkata, ini kerana negara yang dipimpin pemerintah hari ini tidak menampakkan kesungguhan menepati janji dan tawaran.

Menurutnya, malah mereka tidak bersatu hati dalam mempertahankan kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Hampir setiap hari ada berita yang mencabar kesabaran umat Islam seperti tindakan menyerang institusi agama, raja secara terbuka, pluralisme agama atas nama keharmonian kaum, tuntutan secara terbuka untuk mengamalkan kebebasan hak individu atas nama hak asasi manusia.

“Ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan menggambarkan fahaman serong liberalisme yang mula dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Bukit Gambang Resort City hari ini.

Dalam pada itu, Nuridah berkata, kaum wanita turut diheret dalam kancah sangat bahaya antaranya tafsiran bebas dan terbuka terhadap pelbagai hukum syarak berkaitan wanita sehingga menimbulkan pertikaian.


Tambahnya, antaranya berkaitan isu poligami, faraid, perintah menutup aurat, tuntutan hak murtad, hak talaq kepada suami, perkahwinan sesama jantina, seks bebas dan sebagainya yang bertujuan untuk memesongkan keyakinan mereka terhadap penghayatan Islam.

“Semua ini kita dapati kerajaan PH terutamanya pemimpin Islamnya sudah tidak menampakkan sensitiviti mereka sehingga mencetuskan keadaan membimbangkan ini.

“Pelbagai hujah dan alasan sengaja dicipta atas dasar ‘rahmatan lil ‘alamin’ dan maqasid syariah untuk menyenangkan hati rakan politik mereka yang bukan Islam dalam PH,” katanya. – Sinar Harian

Kategori