Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Bangladesh Lemas Kaki...

KUANTAN - Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan lemas selepas mandi di Air Terjun...

PAS Pahang Gesa Siasat...

KUANTAN - PAS Pahang hari ini membuat laporan polis bagi menuntut siasatan dilakukan...

Sudan Mahu Promosi Destinasi...

KUALA LUMPUR - Keindahan pantai putih bersih yang belum tercemar di pesisir Laut...

Kerajaan Bantu Hapus Hutang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka...

Pasukan Khas Ditubuh Dapatkan Wang 1MDB

PUTRAJAYA – Sebuah pasukan petugas khas baharu akan ditubuhkan di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) bertujuan mendapatkan semula aset-aset berkaitan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara bernilai hampir AS$5 bilion (RM20.74 bilion).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pasukan khas itu juga akan mendapat kerjasama Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara memandangkan proses mendapatkan aset itu di luar negara lebih rumit.

“SPRM dapat kenal pasti aset-aset yang perlu kita dapatkan semula daripada luar negara sahaja dan pasukan tugasan khas ini perlu kerana ini merupakan satu tugas yang agak rumit.

“Jadi, kita dalam perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan dan kita sedang berusaha mengesan pergerakan aliran wang selain berbincang mengenai hal perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar berhubung tindakan undang-undang terkini 1MDB di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, aset-aset itu dikenal pasti bukan sahaja di Amerika Syarikat malah di beberapa buah negara luar lain, namun beliau tidak menamakan negara tersebut.


“Negara luar lain ada proses perundangan tertentu yang perlu dipatuhi dan ini yang perlu kita bincang dengan mereka.

“Kita tidak boleh menggunakan undang-undang di negara ini dalam mendapatkan semula aset-aset itu,” katanya.

Kategori