Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Spoil’kan Avengers, Ara Dikecam...

FILEM Avengers: Infinity War sememangnya merupakan filem yang paling ditunggu-tunggu peminat tegar Marvel Cinematic...

Pandelela Raih Gangsa Piala...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mempamerkan aksi cemerlang untuk...

Ikatan Minta Hentikan Sandiwara...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kesal dengan perbuatan pihak...

Angka Korban Rakyat Palestin...

BAITULMAQDIS - Angka korban akibat pertempuran antara Israel dan Hamas meningkat kepada 33...

Pemandu Teksi Berhimpun Depan Pejabat PM

PUTRAJAYA – Lebih 1,000 pemandu teksi di bawah Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) berhimpun di depan Pejabat Perdana Menteri di sini antaranya bagi menuntut hak sama rata dalam industri teksi negara.

Menggelarkan perhimpunan itu sebagai Perhimpunan Reformasi Teksi 2.0, mereka meminta campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu industri teksi negara.

Mereka yang berpakaian serba kuning dengan membawa plakad antaranya tertulis ‘kami mahu kesamarataan’ dan ‘selamatkan industri teksi negara’, telah berhimpun selama lebih tiga jam sejak pukul 8 pagi.

Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pihaknya percaya hanya kewibawaan Dr. Mahathir mampu menyelesaikan segala masalah golongan itu setelah mendapati Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak mampu berbuat demikian.

“Kami berharap Perdana Menteri akan memegang prinsip menjunjung kedaulatan undang-undang (rule of law) serta mewajibkan semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung di dalam industri pengangkutan awam darat begara mematuhi satu undang-undang sama di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kami berharap Perdana Menteri akan memberi perhatian khusus kepada masa yang kami, dan seterusnya bersedia campur tangan bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi selama ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Perdana Menteri iaitu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.


Memorandum itu jelas Kamarudin, antaranya menuntut penghapusan amalan dwistandard yang ketika ini didakwa diamalkan Kementerian Pengangkutan selain membantah sekeras-kerasnya segala bentuk kelonggaran diberikan kepada pemandu kerata sapu e-hailing seperti latihan atas talian serta pemansuhan ujian praktikal.

“Kami warga teksi berkempen dan memberi undi kepada Pakatan Harapan dengan harapan kerajaan akan membawa perubahan kepada industri kami dan seterusnya memartabatkan kembali kebajikan atas dasar kedaulatan undang-undang, semoga kerajaan tidak mengecewakan kami semua,” katanya.

Kumpulan itu seterusnya bergerak ke bangunan Kementerian Pengangkutan dengan hasrat untuk menyerahkan memorandum sendiri kepada Anthony. – UTUSAN ONLINE

Kategori