Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Wany Hasrita Enggan Layan...

PENYANYI muda berbakat besar, Wany Hasrita mengakui terkesan dengan kritikan negatif netizen terhadap...

Rakyat Malaysia Diminta Berdoa...

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama diminta mendoakan...

‘Superman’ Dicekup Dalam Perjalanan...

SHAH ALAM  - Lagak berbahaya sekumpulan samseng jalanan ketika dalam perjalanan untuk berbuka...

BNM Tamatkan Siasatan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya...

Pemilihan Bersatu Tidak Akan Ditangguhkan – Mahathir

PUTRAJAYA – Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sepatutnya diadakan tahun ini, tidak akan ditangguhkan, kata Pengerusinya, Tun Dr. Mahathtir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pemilihan Bersatu perlu diadakan lebih awal kerana pentadbiran parti itu ketika ini adalah berasaskan kepada pemimpin yang dilantik.

“Kita dapati bahawa pentadbiran sekarang ini berasas kepada pemimpin yang dilantik, kadang-kadang tidak berjaya untuk mengembangkan parti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita hari ini bahawa Bersatu sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan partinya yang pertama untuk menyelesaikan pendaftaran beberapa cawangannya.

Menurut laporan itu, pemilihan parti yang sepatutnya dilangsungkan tahun ini perlu ditangguhkan bagi memastikan semua cawangan terlibat didaftarkan secara sah mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Kategori