Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Terjatuh Dalam...

SEORANG lelaki maut dalam keadaan tragis selepas terjatuh dalam mesin membuat acuan di...

Kes Dirotan Ustaz: Pelajar...

JOHOR BAHRU - Pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffi yang dirotan pembantu...

Undang Padah, Lelaki Halang...

TIDAK mahu ketinggalan kereta api, seorang penumpang lelaki menggunakan kereta sorong dengan bayi...

Kreatif! Peniaga Bina Kedai...

KUANTAN - Pengalaman perit yang dilalui akibat kedai ditenggelami air banjir penghujung tahun...

Pemuda PAS Perlis Tergores Kehadiran Zamri Vinoth

KUANTAN – Dewan Pemuda PAS Perlis kecewa kerana pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimutuhu dijemput untuk menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-60 semalam.

Wakil Pemuda PAS Perlis, Mohamad Azreen Jumri berkata, Muhammad Zamri Vinoth banyak melontarkan komen negatif kepada PAS Perlis termasuk menyalahkan mereka dalam isu pemecatan 25 imam di negeri itu.

“Kami PAS Perlis terkilan dengan Muhammad Zamri Vinoth kerana walaupun seorang pendakwah, tapi dia bercakap tidak serupa bikin. Kami dikatakan sebagai punca dalam pemecatan imam-imam di Perlis.

“Pemuda PAS Perlis ingin mencadangkan supaya kepimpinan membuat kajian siapa yang diberi ruang untuk berucap semasa sidang Muktamar bagi mengelakkan masalah pada masa depan,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Semalam, semasa hari pertama Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Zamri Vinoth diberi peluang untuk berucap sebagai tetamu jemputan.


Majlis itu turut menyaksikan seorang wakil Jabatan Amal PAS dari Perlis, Amirul Jufri Mat Saman bangun meminta penjelasan mengapa pendakwah bebas itu dibenarkan berucap. – UTUSAN ONLINE

Kategori