Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Year Georgia hill city...

Just make certain that the composition WOn't seem purely informative. The optimal /...

Taiwan Menepati Aspek-Aspek Penting...

MENURUT Indeks Pengembaraan Muslim Global 2019 (GMTI) yang diterbitkan April lalu, ada empat...

Remaja Tak Bermoral, Selfie...

RIYADH – Hilang akal agaknya budak lelaki ini. Sanggup berselfie dengan mayat datuknya...

Muhyiddin Sertai Sidang Kemuncak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Sidang Kemuncak...

Pemuda Tampil Mohon Maaf Kepada Najib, Rosmah

SHAH ALAM – Seorang anak muda hari ini menemui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi memohon maaf.

Pemuda yang dikenali sebagai Khalifah Putra itu tampil memohon maaf kepada kedua-dua insan itu, kerana telah melemparkan fitnah kepada mereka sebelum ini.

“Alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur saya. Pada hari ini saya diberi peluang untuk bersemuka dengan dua insan ini.

“Bermula dari tahun 2010 bermacam-macam fitnah yang aku sebarkan ke atas insan ini. Setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah tiada satu pun yang berjaya dibongkarkan. Ternyata ia kekal fitnah,” katanya yang turut berkongsi video pertemuan berkenaan.

Lokasi pertemuan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan.

Berkongsi lanjut, Khalifah menegaskan bahawa dia tidak sanggup untuk berhadapan di mahsyar kelak seandainya tidak tampil memohon maaf.


“Terima kasih Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kerana sedia memaafkan saya,” katanya.

Sementara itu, Najib yang turut berkongsi pertemuan itu di Facebooknya menyatakan bahawa beliau “tidak simpan di hati di atas apa yang pemuda itu lakukan.

“Saya maafkan. Apa yang telah berlalu, kita biarkanlah ia berlalu pergi. Pandang ke hadapan.

“Bagi saya, yang penting kini ialah apa yang akan berlaku kepada saudara-saudari kita rakyat Malaysia semua,” katanya. – Sinar Harian

Kategori