Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Laluan Komuniti ASEAN’ Tarik...

PUTRAJAYA - Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini mewujudkan 'Laluan Komuniti...

Marahkan ‘Orang Ketiga’, Alyah...

RASANYA seluruh rakyat Malaysia mengetahui konflik rumah tangga antara Alyah dan Datuk Ramli...

Pegawai Kedutaan Mahu Tahu...

SEPANG - Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu...

Aset PNB: Cakap Tony...

KUALA LUMPUR - Pandangan diutarakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua Kiam Wee...

Perlucutan Hak Sivil Bukan Bankrapkan UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir hari ini menyangkal dakwaan tindakan memfailkan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti termasuk beberapa anggota perhubungan UMNO negeri, adalah satu usaha kerajaan untuk membankrapkan parti itu.

Perdana Menteri berkata, jika itulah motifnya, kerajaan boleh lakukannya lebih awal.

“(Sebaliknya) kami benarkan Najib untuk agak bebas, walaupun dia sedang didakwa, dia bergerak bebas sebagai ‘Bossku’,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di perasmian Persidangan Minyak dan Gas Asia 2019 di sini hari ini.

Turut hadir di perasmian tersebut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan suruhanjaya tersebut telah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kategori