Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hantu Samseng Sri Lanka...

UMAT Islam di Sri Lanka masih lagi dihantui oleh kumpulan samseng dan golongan...

Chong Wei, V Shem/Wee...

KUALA LUMPUR - Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama,...

Pengarah Bernama TV Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengarah Bernama TV (BTV) perlu dihukum kerana tidak membayar gaji...

Manifesto BN Perancangan Idealistik,...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan...

Real Madrid Belanja RM1.8 Bilion Untuk 5 Pemain

LONDON – Real Madrid mengumumkan pemain kelima yang dibawa pada musim panas ini selepas melengkapkan perjanjian bersama pertahanan kiri Lyon, Ferland Mendy.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama enam tahun untuk berpindah ke Santiago Bernabeu bersama Eder Militao, Eden Hazard, Rodrygo dan Luka Jovic menyertai skuad kendalian Zinedine Zidane.

Mendy akan diperkenalkan pemain Real Madrid secara rasmi di Bernabeu pada 19 Jun ini dan itu bermakna kelab gergasi Sepanyol tersebut sudah membelanjakan 344 juta pound (RM1.8 bilion) dengan nilai Mendy 49 juta pound (RM258 juta).

Kos membawa masuk pemain muda, Rodrygo dari Santos berniali 40 juta pound (RM211 juta) manakala pertahanan Porto, Militao berjumlah 43 juta pound (RM227 juta) yang masing-masing diperkenalkan pada Mac lalu dan bulan ini. Bagaimanapun, pembelian pemain tersebut lengkap sepenuhnya pada musim panas ini.

Sejak hujung musim lalu, Real sudah memulakan langkah apabila membeli Hazard dengan nilai 150 juta pound (RM792 juta) manakala 62 juta pound (RM327 juta) untuk bintang Serbia, Jovic.

Sebelum ini, jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengesahkan Mendy akan berpindah ke Madrid pada pasaran perpindahan.


“Dua tahun lalu dia bermain di divisyen kedua dan kini dia bermain bersama Real Madrid,” katanya selepas Perancis menewaskan Andorra 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Mendy beraksi dua musim bersama Lyon selepas berpindah dari Le Havre pada 2017. Dia membuat 79 penampilan bersama Lyon, menjaringkan tiga gol.

Dia menerima panggilan skuad kebangsaan Perancis buat kali pertama pada November lalu dengan aksi menentang Uruguay menjadi penampilan sulungnya bersama Les Blues. – Agensi

Kategori