Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bila Pak Lebai ‘Hanyut’...

BARU sahaja kita dikejutkan dengan insiden dua artis dikir barat wanita yang menyanyi...

Khazanah: RM1.4B Diguna Ambil...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd akan menggunakan RM1.4 bilion daripada RM6 bilion...

Teruk Dibelasah JDT, Norizam...

Kuala Lumpur: Kekalahan mengaibkan sehingga 10-0 dengan agregat penuh 15-1 boleh dielakkan jika...

Gengsterisme: Polis N.Sembilan Sentiasa...

SEREMBAN - Polis negeri ini sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam gengsterisme,...

Rejim Zionis, Pelampau Yahudi Biadab!

BAITULMAQDIS – Pertempuran ganas tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa rejim Zionis di pekarangan Masjid al-Aqsa ketika sekumpulan pelampau Yahudi bertindak biadab menceroboh masuk Haram al-Sharif hari ini.

Agensi berita Anadolu melaporkan polis Israel membenarkan lebih 400 pelampau Yahudi memasuki kawasan itu sebagai langkah provokasi bertepatan dengan ulang tahun pencerobohan Israel ke atas Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari 1967.

Insiden pertempuran tercetus selepas ratusan jemaah melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’ sebagai membantah perbuatan biadab mereka yang mencemari kesucian masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.

Polis Israel kemudiannya menyerang beberapa jemaah Palestin termasuk pengawal al-Aqsa yang cuba menghalang langkah provokatif kumpulan pelampau Yahudi tersebut.

“Mereka turut melepaskan gas pemedih mata dan bertindak mengusir para jemaah ke pintu masuk bahagian selatan al-Aqsa. Beberapa orang dilaporkan cedera dan diberkas rejim Zionis,” lapor Anadolu lagi.


Difahamkan, ia adalah pertama kali dalam tempoh tiga dekad pelampau Yahudi dibenarkan memasuki pekarangan al-Aqsa pada minggu akhir Ramadan.

Pada 1988, pekarangan al-Aqsa ditutup kepada pelampau Yahudi selepas ulang tahun pendudukan Israel itu turut jatuh pada minggu akhir Ramadan. – Agensi

Kategori