Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Lawat Medan Niaga...

KUCHING - Ribuan pengunjung dan peniaga di Medan Niaga Satok di sini jelas...

MDA Jejaki Kit Ujian...

PUTRAJAYA : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang menjalankan siasatan bagi menjejaki pihak...

Najib Ucap Selamat Menyambut...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat menyambut...

Doktor Maut Selepas Selfie...

SOLO - Seorang doktor haiwan maut dipijak seekor gajah selepas merakamkan gambar selfie dengan...

Sajjad Dituntut Mohon Maaf Dalam Tempoh 48 Jam

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof 33, menuntut seorang usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial dalam tempoh 48 jam kerana dikatakan telah dianiaya oleh usahawan tersebut.

“Saya dengan ini menyatakan dengan tegas bahawa saya telah dianiayai dan dituduh sebagai penipu oleh beliau (Sajjad) sedangkan saya telah melaksanakan permohonan tersebut sepertimana diarahkan oleh beliau dan telah menurut prosedur permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya di majlis sidang akhbar yang berlangsung petang tadi.

Konflik kes ini timbul apabila pembantu peribadi usahawan itu dikenali Ashaari telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan di JPN bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina ‘lelaki’ kepada ‘perempuan’.

Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan beliau (Sajjad) adalah seorang khunsa.

“Sejurus itu, mereka telah berhubung dengan saya dan mereka tidak berpuas hati kerana saya tidak dapat memenuhi permintaan mereka bagi permohonan pertukaran jantina tersebut.

“Mereka telah melemparkan bermacam tuduhan palsu kepada saya dan pembantunya telah membuat laporan polis pada 29 Ogos 2018 yang menuduh saya telah menipunya.


“Oleh kerana tindakan beliau tersebut, saya telah ditahan reman oleh pihak polis pada selama 4 hari di Balai Polis Ampang bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

“Kemudiannya saya telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu, permohonan usahawan itu untuk menukar Mykad itu untuk berkahwin. – K! ONLINE

Kategori