Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Serik Menunggu, Bimbang Terlewat,...

PORT DICKSON – Enggan menunggu lama untuk mengundi seperti yang dialami pada Pilihan...

PPM Tahan Tujuh Dalam...

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tujuh pendatang asing...

Jersi Baharu TRW Lambat...

KUALA LUMPUR - Pemain pasukan bola sepak Kelantan terpaksa menunggu sehingga Mac 2015...

Kemalangan Jalan Raya Di...

KUCHING - Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak mencatat peningkatan sebanyak 6.9 peratus...

Saleem, Iklim, Suci Dalam Debu Antara Nama Cadangan?

KUALA LUMPUR – Selepas dibuka untuk tempoh percubaan sejak 2 Jun lalu, tumpuan netizen terutamanya rakyat Terengganu kini beralih kepada isu apakah nama yang paling sesuai untuk diberikan kepada ikon baharu Terengganu itu.

Pelbagai cadangan nama dilontarkan oleh orang ramai yang difikirkan paling sesuai untuk jambatan angkat pertama Asia Tenggara itu di laman sosial.

Tetapi antara yang menjadi tumpuan termasuklah cadangan untuk menamakan sempena nama Allahyarham Saleem Iklim bagi mengenang jasa lagenda raja balada itu yang banyak mengharumkan nama negeri pantai timur itu.

Sebahagian pula ada yang mencadangkan nama Jambatan Iklim atau Suci Dalam Debu.

Astro AWANI sempat mendapatkan reaksi anak kepada Allahyarham Saleem, Syafiq Farhain terhadap cadangan tersebut.

“Saya sendiri terharu dan berterima kasih kepada netizen yang masih mengingati dan menghargai jasa yang pernah diberikan oleh ayah.


“Tetapi secara peribadi saya berasakan lebih sesuai sekiranya ia diberikan bersempena dengan pemimpin Terengganu yang juga ketua agama iaitu Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

“Tetapi tentunya rakyat berhak memberi cadangan apa sahaja yang difikirkan sesuai,” jelasnya ketika bersiaran secara langsung menerusi panggilan telefon dalam segmen Komen Tengah Hari di Astro AWANI.

Setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun 2019, jambatan angkat akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain di dalam projek ini.

Sebelum ini Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata nama baharu yang rasmi bagi jambatan tersebut sudah di peringkat akhir perbincangan dan akan diumumkan pada majlis perasmiannya Julai nanti. – Astro AWANI

Kategori